Tuesday, February 17, 2015

Pegawai Polis Terbunuh Dalam Serangan Berani Mati di Afghanistan

Serangan berani mati di sebuah balai polis di timur Afghanistan telah membunuh sekurang-kurangnya 20 orang pegawai, kata pegawai serantau.


Din Mohammad Darwesh, jurucakap Gabenor Wilayah Logar, berkata serangan semalam di ibu pejabat polis di Logar telah dijalankan oleh empat pengebom berani mati.

Beliau berkata lagi, dua daripada penyerang berjaya memasuki ibu pejabat dan dua lagi yang lain meletupkan bahan letupan di bahagian dapur dan ruang makan. Pengebom memakai pakaian seragam polis dan menggunakan kenderaan polis untuk memasuki kawasan itu.

Gabenor wilayah Niaz Amiri Mohamed berkata serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 20 anggota polis dan mencederakan lapan orang yang lain.Tidak ada kumpulan  mengaku bertanggungjawab dalam serangan yang diadakan.

Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya telah mengurangkan penghantaran tentera mereka di Afghanistan kira-kira seramai 12,500 orang disana.

Taliban dan pejuang lain telah meletakkan sasaran pasukan keselamatan Afghanistan selepas Amerika Syarikat dan NATO mengakhiri misi pertempuran mereka di negara ini tahun lepas.

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook