Tuesday, February 3, 2015

Mesir : Hukuman Mati Untuk 183 Orang Yang Terlibat Dalam Pembunuhan Polis 2013

Mahkamah Mesir telah mengesahkan hukuman mati untuk 183 penyokong Ikhwan Muslimin yang terlibat dalam tuduhan membunuh pegawai polis pada tahun 2013. Ia juga merupakan salah satu tindakan daripada pihak berkuasa untuk menyekat kemaraan IM di Mesir. 


Mereka yang telah disabitkan atas tuduhan pembunuhan anggota polis di bandar Kardasa pada bulan Ogos 2013 adalah mereka yang terlibat semasa pergolakan diantara tentera Mesir dan bekas Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi.

Pada bulan Disember yang lalu, mahkamah telah mengeluarkan keputusan awal terhadap 188 defendan dalam perbicaraan besar-besaran, yang mana dua daripada mereka telah dibebaskan pada hari Isnin manakala satu daripadanya dijatuhi hukuman 10 tahun penjara. Manakala pertuduhan terhadap dua lagi defendan yang lain digugurkan selepas mahkamah mendapati bahawa mereka telah mati.

Serangan itu berlaku ketika mana pasukan keselamatan  dibongkarkan dengan kes dua kem bantahan besar-besaran menyokong Morsi di Kaherah serta membunuh ratusan penunjuk perasaan dalam pertempuran.

"Daripada bukti-bukti yang diberikan, hakim membuat keputusan secara rambang dan pukal tanpa mengambil kira piawaian perbicaraan yang adil," katanya.

Pada bulan April 2014 yang lalu, Mesir dikejutkan apabila mahkamah memutuskan seramai 683 orang dijatuhkan hukuman mati dalam satu perbicaraan.

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook