Monday, February 16, 2015

21 Tebusan Mesir Dibunuh di Libya

ISIL telah memuat turun satu video yang menunjukkan pembunuhan 21 orang rakyat Mesir yang beragama Kristian diculik di Libya. 


Rakaman tersebut dikeluarkan pada hari Ahad. Sekurang-kurangnya 20 pekerja Mesir diculik pada awal tahun ini dari bandar pantai Sirte di timur Libya.

Video tersebut yang bertajuk " تسجيل مصور يظهر اعدام تنظيم الدولة الاسلامية 21 قبطيا مصريا في ليبيا". Seorang pejuang dari kumpulan itu berkata sasaran mereka adalah untuk membalas dendam kepada "wanita Islam yang ditindas oleh tentera salib koptik di Mesir".

Berikutan daripada pembunuhan itu, Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi mengadakan satu mesyuarat tergempar demi keselamatan negara Mesir dan mengisytiharkan tujuh hari berkabung.

Al-Azhar pusat rujukan Islam yang terulung di Mesir berpangkalan di Kaherah  mengutuk tindakan mereka serta menyifatkan"tidak bertamadun" pembunuhan tersebut.

"Al-Azhar menekankan bahawa tindakan kejam itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana agama atau nilai-nilai manusia," katanya dalam satu kenyataan. 

Libya telah jatuh ke dalam keadaan huru-hara selepas  Muammar Gaddafi telah digulingkan dan dibunuh tiga tahun lalu. Dengan kesempatan yang ada, ISIL  mula menggerakkan perancangan untuk mengadakan serangan maut terhadap musuh.

Kumpulan itu telah memuat turun beberapa video propaganda menawarkan sumpah setia dari pejuang di negara ini. Pada bulan Oktober yang lalu, Ansar al-Syariah di Derna berjanji setia kepada ISIL.

Sumber : Al-Jazeera


0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook