Saturday, September 20, 2014

Houthi Pemberontak Yaman Mara Ke Sanaa


Tentera kerajaan Yaman terus menyekat pemberontak Houthi  di Sanaa selepas gagal mengadakan rundingan gencatan senjata bersama kumpulan tersebut.

Pada awal pagi hari ini, pertempuran besar berlaku di bangunan televisyen negara serta kedengaran letupan berhampiran dengan Kementerian Dalam Negeri di bahagian utara Sanaa.

Letupan tersebut tercetus disebabkan salah seorang daripada pejuang Syiah Houthi mengebom bangunan televisyen negara pada hari Jumaat kerana mereka mara ke bandar.


Khaled Hammadi, seorang wartawan yang berpangkalan di Sanaa memberitahu Al Jazeera bahawa asap tebal telah mula memenuhi di atas kawasan bangunan televisyen kerajaan pada awal pagi tadi.

 "Pertempuran berlangsung terus menerus sehinggakan pemberontak Houthi terus mara ke kawasan-kawasan perumahan yang berhampiran kawasan penting di sana" katanya.

Sementara itu, laporan dari Sanaa berkata tentera Yaman telah memulakan serangan balas ke atas Houthis dengan bantuan dari unit Pengawal Republik.

Hakim al-Masmari, editor-in-chief daripada Yemen Post, memberitahu Al Jazeera bahawa pertempuran Sabtu ini merupakan paling sengit sejak pertempuran bermula pada Khamis yang lalu. Beliau berkata, berpuluh-puluh pejuang Houthi terbunuh di Sanaa.

Sekurang-kurangnya 123 pejuang terbunuh sejak tiga hari yang lalu, menurut satu sumber oleh agensi berita Associated Press.

Beribu-ribu Houthis telah mengadakan protes di Sanaa, mengepung bangunan kementerian dan menyekat jalan ke lapangan terbang utama disana.

Akibat daripada pertempuran tersebut, semalam syarikat penerbangan antarabangsa di Sanaa digantung penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang berdekatan.

Pihak PBB telah gagal untuk menjadi pengantara perjanjian damai antara dua pihak yang sedang berperang.

Jamal Benomar, utusan PBB ke Yaman, meninggalkan bandar utara Saana pada hari Jumaat selepas cuba untuk menjadi pengantara perjanjian yang boleh membuka jalan bagi kerajaan baru dan perwakilan untuk Houthis.

Pertempuran tersebut telah menular di pinggir Sanaa selama beberapa hari, dengan berpuluh-puluh kematian dilaporkan.

Sumber : Al-Jazeera 

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook