Friday, May 9, 2014

Keganasan di India : Lagi 44 Terbunuh

NARAYANGURI-Polis India menjumpai enam lagi mayat wanita dan kanak-kanak pada Rabu semalam berikutan kejadian amuk oleh puak fanatik yang mensasarkan umat Islam di timur laut Assam yang menjadikan jumlah bilangan yang terbunuh sehingga kini seramai 44 orang, demikian lapor pegawai keselamatan.



Mayat-mayat tersebut dikenal pasti oleh pihak berkuasa setelah pencarian mereka di sekitar dua buah daerah dalam kawasan pedalaman di mana lelaki bersenjata bertopeng menyerang kampung tersebut dan menembak keluarga penduduk yang beragama Islam termasuk bayi ketika mereka tidur.

Rentetan daripada itu, pihak polis telah menuduh puak pemberontak Bodo yang bertindak membunuh umat Islam iaitu masyarakat migran yang terikat selama bertahun-tahun disebabkan pertikaian tanah dengan orang asli di negeri ini yang bersempadan antara Bhutan dan Bangladesh.

Pada masa  yang sama, media tempatan pula menyebarkan bahawa puak Bodos bertindak menyerang penduduk Islam sebagai hukuman kerana tidak mengundi calon mereka pada bulan lepas di ibu negara, dalam pilihan raya yang dilaksanakan secara berperingkat akan tamat tidak lama lagi.

"Setakat ini jumlah kematian meningkat sehingga 43 orang. Pembunuhan kejam ini tidak mengira mangsa  walaupun bayi lima bulan berusia juga tidak terkecuali," Lapor Ketua Menteri Assam, Tarun Gogoi kepada pemberita dari kampung Narayanguri.

"Sangat menyedihkan apabila mangsa yang ada masih belum pulih sepenuhnya, kami mendapat laporan bahawa 11 orang lagi hilang,"kata Gogoi.

Jurucakap polis memberitahu bahawa mereka menjumpai tiga mayat kanak-kanak dan dua wanita di daerah Baksa, iaitu kira-kira 210 km barat bandar utama Assam di Guwahati. Angka kematian meningkat dari sekurang-kurangnya daripada 32 pada hari Ahad lalu sehinggalah beberapa mayat seterusnya ditemui baru-baru ini, manakala beberapa orang cedera dalam pembunuhan beramai-ramai yang berlaku pada 1 Mei dan 2 Mei lalu juga telah meninggal dunia di hospital.

Gogoi berkata bahawa lebih kurang 15 orang kanak-kanak yang berusia daripada lapan bulan sehingga 14 tahun, menjadi anak yatim piatu rentetan daripada  pertumpahan darah yang berlaku. Mereka kemudiannya telah dihantar ke rumah kebajikan di Guwahati. Penduduk kampung mengalami trauma kerana menghadapi dugaan mengejut yang menakutkan mereka, manakala pegawai-pegawai dengan Ketua Menteri berbincang untuk memindahkan mereka ke hospital untuk menerima rawatan.

"Saya melihat ibu dan bapa mati di hadapan saya. Saya berjaya menyelamatkan diri dan bersembunyi di bawah katil ketikamana lelaki-lelaki yang bersenjata dan bertopeng mengajukan pistol kepada ibu bapa saya," demikian cerita Habiba Nessa, 14 tahun kepada AFP.

Pasukan keselamatan telah melancarkan operasi besar-besaran untuk mencari gerila Bodo yang melakukan keganasan dan menyebabkan ribuan penduduk meninggalkan rumah mereka dalam ketakutan, salah seorang wakil pegawai keselamatan melaporkan.

Keganasan itu tercetus semasa akhir pilihan raya umum yang menyaksikan ketegangan agama dan etnik berlaku dimana Hindu nasionalis yang dikepalai Narendra Modi daripada parti pembangkang dijangka menang. Hampir 17 orang terbunuh dalam pertempuran di wilayah yang sama pada bulan Januari tahun ini. Pada tahun 2012 lalu, telah berlaku pertempuran etnik di kawasan yang sama menyebabkan kehilangan hampir 100 nyawa dan pelarian lebih daripada 400,000 orang.

Sumber : Arab News

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook