Wednesday, March 19, 2014

Pertempuran Baru Tercetus di Kaherah.



Pertempuran baru tercetus antara tentera Mesir dan kumpulan bersenjata di wilayah Qalyubia menyebabkan kolonel dan anggota tentera telah terbunuh, demikian lapor Kementerian Dalam Negeri di negara ini.

Tembak-menembak selama beberapa jam meletus setelah beberapa orang pegawai tentera cuba untuk menyerang rumah yang didakwa sebagai kediaman sekumpulan mujahidin yang dikenali sebagai Ansar Baitul Maqdis bertempat di rantau Delta Nil, utara Kaherah.

Dalam pertempuran tersebut, sekurang-kurangnya lima anggota kumpulan bersenjata telah dibunuh, kata kementerian itu. Kumpulan itu telah didakwa bertanggungjawab untuk beberapa serangan dahsyat sebelum ini. Lebih daripada 200 anggota polis dan tentera terlibat sejak kejadian penggulingan Presiden Mohamed Morsi pada bulan Julai tahun lalu.

Kebanyakan serangan telah berlaku di Semenanjung Sinai, yang mana didakwa sebagai tempat utama kumpulan mujahidin diasaskan.

Antara pegawai yang terbunuh dalam serbuan terbaru itu adalah pakar pemusnah bom yang mengambil bahagian dalam operasi bersama kumpulan polis, lapor salah seorang tentera. Diberitakan bahawa satu kuantiti besar bahan letupan telah ditemui di salah satu tempat yang disyaki tempat persembunyian kumpulan tersebut. Kementerian Dalam Negeri turut mendakwa bahwa pejuang telah menggunakan tali pinggang
yang dilekatkan bahan letupan semasa konfrontasi.

Tempat berkenaan terletak berhampiran Delta Nil bandar Al-Qanatir Al-Khayriya , kira-kira 30km dari Kaherah disyaki menjadi pusat yang digunakan untuk membuat bahan letupan, kata kementerian dalam negeri .

Sehingga kini, serangan ke atas pasukan keselamatan telah merebak ke ibu negara dan di tempat lain di Delta Nil.  Pada hari Sabtu lalu, lelaki bersenjata tidak dikenali bertindak menembak mati enam askar di pusat pemeriksaan tentera di utara Kaherah dan meletakkan bom ke sasaran balas pertama sebelum melarikan diri tempat kejadian. Manakala bom-bom yang dipasang sekitar sempat dikesan dan dimatikan.

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook