Saturday, January 4, 2014

Kanak-kanak Menjadi Sasaran Keganasan Dalam Pergolakan Di Afrika



Kanak-kanak di Republik Afrika Tengah  menjadi sasaran dalam pergolakan semakin teruk yang didalangi kumpulan bersenjata. Salah seorang Pegawai Kebajikan Kanak-kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) turut mengesahkan bahawa sejumlah kanak-kanak telah menjadi sasaran dan target pembunuhan dalam keganasan yang berlaku.

Kebimbangan semakin meruncing apabila melihat statistik yang terkorban telah meningkat secara mendadak kesan daripada pergolakan yang tercetus sejak rampasan kuasa pada Mac 2013 yang lalu.

Kenyataan terbaru daripada UNICEF pada 30 Disember lalu menerangkan mengenai serangan terhadap kanak-kanak telah berada dalam tahap yang kritikal apabila  mereka antara mangsa tegar termasuklah kes penyembelihan dan penyeksaan fizikal Sesetengah kanak-kanak menjadi mangsa peluru sesat dan serpihan bahan letupan dan ada antara mereka yang mudah mengalami kecederaan kerana kekurangan imuniti badan. Akan tetapi yang paling ketara adalah mereka yang mangsa dan ditembak tanpa sebab itu hanyalah mereka beragama Islam.

Ombretta Pasotti, wakil daripada Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak PBB (UNICEF) berkata, "Serangan terhadap kanak-kanak berada di tahap yang sangat membimbangkan, yang mana sehinggakini sekurang-kurangnya dua orang kanak-kanak terbunuh kerana dipenggal, dan salah seorang daripada mereka diseksa dari segi fizikal sehingga menyebabkan kecacatan."

Ombretta Pasotti yang turut bertanggungjawab dalam menyelaras kerja bagi pihak salah satu NGO Kecemasan Itali di hospital pediatrik di Bangui , mengesahkan kepada agensi berita AFP,  "Sebelum ini kanak-kanak menjadi mangsa ugutan, tetapi hari ini sebahagian daripada mereka menjadi sasaran keganasan secara langsung."

Sehingga kini, UNICEF telah mengesahkan 16 pembunuhan kanak- kanak sejak 5 Disember 2013 yang lalu, manakala 60 orang lagi remaja mangsa kecederaan dalam pertempuran yang tercetus antara orang Islam dan pemberontak majoriti terdiri daripadaKristian.

Justeru, UNICEF menyeru supaya menghentikan keganasan ini terutama melibatkan kanak-kanak, sebagai jaminan untuk kelangsungan institusi kesihatan dan pendidikan. Pada hari Jumaat semalam, agensi pelarian PBB (UNHCR)  menyatakan bahawa pertempuran yang berlaku sepanjang tempoh ini melibatkan hampir sejuta orang, iaitu  1/5 daripada penduduk negara ini. Dalam masa tiga minggu sahaja, hampir 370,000 orang telah dipindahkan ke kem sementara. Manakala kira-kira 100,000 penduduk telah melarikan diri ke sebuah tempat yang dikhususkan perkhemahan terletak di kawasan lapangan terbang.

Negara yang mempunyai kependudukan purata dalam 4.6 juta orang ini masih bertahan dalam pergolakan rampasan kuasa dan ancaman pemberontakan sejak kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1960.  Akan tetapi, perselisihan baru-baru ini yang melibatkan antara agama merupakan yang pertama tercetus dengan begitu teruk, berpunca ketidakpuasan hati majoriti Kristian terhadap kaum muslimin Seleka setelah berlakunya rampasan kuasa pada Mac tahun lepas.

Sumber :Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook