Friday, January 17, 2014

16 Orang Muslim Rohingya Ditembak, Hampir 100 orang Ditahan

BURMA - Aktivis Hak Asasi Manusia mendakwa bahawa pihak polis Burma telah menembak mati hampir 16 Muslim Rohingya dan menahan hampir 100 orang dalam satu kejadian di sebuah desa yang terletak di Burma.

"Para penduduk kampung dikejutkan dengan bunyi tembakan ketikamana operasi mencari lapan lagi mayat muslim Rohingya yang terbunuh," Ujar Tun Khin, salah seorang aktivis hak asasi manusia dan presiden Pertubuhan Rohingya Burma di Inggeris, melaporkan kepada International Business Times.

"Mereka kemudiannya membawa salah seorang mayat dan menuju ke pos polis untuk berunding mengenai masalah ini dengan pihak berkuasa."

Menurut laporan berita, pihak berkuasa Rakhine telah menyerang perkampungan Du Char Yar Tan pada malam 14 Januari dan mula menembak orang awam secara rambang.

Khin mendakwa bahawa pihak polis telah sewenang-wenangnya menyerang penduduk kampung dan bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang awam yang terdiri daripada muslim Rohingya. Menurut laporan lain juga mendedahkan bahawa didapati ada gadis Rohingya yang dirogol dalam rusuhan tersebut.

Para aktivis sepatutnya mendakwa pihak berkuasa atas keganasan demi keganasan yang dilakukan secara berterusan memberi kesan yang sangat besar kepada warga Rohingya di Rakhine.

"Inilah yang sebenarnya mereka mahukan. Mereka ingin membersihkan Muslim Rohingya daripada Myanmar."

Berita yang sama turut disahkan oleh Chris Lewa dari Arakan Project, salah satu kumpulan advokasi yang telah mendokumentasikan penindasan yang dilakukan terhadap ahli minoriti Muslim Rohinyga selama lebih dari satu dekad.

PBB juga turut mengakui bahawa Muslim Rohingya sebenarnya sekian lama menghadapi siri diskriminasi di tanah air mereka. Sehingga kini mereka tidak diakui hak kewarganegaraannya hasil pindaan terhadap undang-undang kewarganegaraan pada tahun 1982 dan diperlakukan sebagai pendatang haram di tanah air mereka sendiri .

Manakala Kerajaan Burma serta majoriti Buddha terus-menerus menolak untuk mengakui istilah "Rohingya", dan menggelar  mereka sebagai "Bengali".

Kumpulan - kumpulan yang memperjuangka hak asasi manusia berterusan mendakwa bahawa pasukan keselamatan Burma sewajarnya bertanggungjawab dengan pembunuhan, pencabulan dan penangkapan warga Rohingya sejak berlakunya keganasan  bertahun lalu.

Sumber : Arrahmah.com

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook