Thursday, January 9, 2014

120 Penerbangan Dibatalkan Setelah Pendaratan Cemas Kapal Terbang Madinah



Pihak berkuasa Penerbangan Awam membatalkan hampir 120 penerbangan domestik dan antarabangsa di Lapangan Terbang Prince Mohammed di Madinah akibat daripada kejadian pendaratan cemas Saudi Arabian Airlines(Saudia) beberapa hari lalu.  Keseluruhan penumpang telah dipindahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah bagi mengelakkan penangguhan selama tempoh hampir 24 jam di lapangan terbang Madinah untuk penerbangan yang seterusnya.

Seorang pegawai kanan di Saudi telah melaporkan bahawa syarikat penerbangan tersebut sebelum ini pernah mengajukan permohonan kepada Lembaga Penerbangan Awam ( GACA ) beberapa kali untuk membina landasan baru di lapangan terbang bagi mengelakkan penangguhan penerbangan terutama apabila berlaku kecemasan.

"Standard Penerbangan Antarabangsa menegaskan bahawa lapangan terbang antarabangsa panduan supaya membina lebih daripada satu landasan sebagai persediaan untuk kecemasan, "  menurutnya, GACA juga tidak memberi sebarang makluman atau sebarang tindak-balas positif kepada permintaan syarikat penerbangan itu. Kerajaan  Madinah telah menerima jumlah yang besar sehari selepas lapangan terbang tersebut dinaik-taraf untuk kemudahan antarabangsa, kata pegawai itu.

Atef Tasji; pengurus perhubungan awam di lapangan terbang, mengesahkan bahawa kira-kira 120 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan setelah GACA mengambil tindakan untuk menggantung penerbangan selepas kejadian pendaratan cemas . Dalam kejadian beberapa hari lalu, 29 penumpang dilaporkan cedera apabila kapal terbang SV2841 yang membawa 315 penumpang dan 16 anak kapal daripada laluan bandar Mashhad, Iran menuju ke Madinah melakukan pendaratan cemas. Sehingga kini hanya tiga orang yang cedera masih di hospital. Salah seorang daripada mereka adalah wanita yang masih dalam rawatan rapi, manakala dua yang lain dilaporkan stabil.

Sementara pada itu, Saudia juga menyediakan perkhidmatan limusin percuma kepada ramai penumpang untuk meneruskan penerbangan mereka dari lapangan terbang Jeddah. Yasser Farook, seorang warga Mesir, berkata: "Saya telah menempah penerbangan dari Madinah ke Kaherah pada hari Ahad lalu. Seorang pegawai Saudia memberitahu saya sama ada menunggu di lapangan terbang atau mengambil penerbangan dari lapangan terbang Jeddah ke Kaherah. Kemudiannya beliau menguruskan limusin untuk saya ke Jeddah."

Sumber : Arab News

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook