Wednesday, December 25, 2013

Lebih 300 Terbunuh dalam Serangan Seminggu Berturut-turut di Aleppo


BEIRUT : Lebih daripada 300 orang telah terbunuh, manakala puluhan lagi cedera parah dalam seminggu
serangan udara berturut-turut di bandar Syria utara Aleppo dan bandar berdekatan oleh tentera rejim Bashar al-Assad. Kebanyakan mangsa adalah terdiri daripada puluhan wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa dan menjadi sasaran letupan yang berpunca daripada tong bom yang dijatuhkan daripada helikopter tentera rejim, lapor Pusat Kajian Hak Asasi Syria.

Pihak berkuasa Syria menyatakan bahawa pihak pejuang Tentera Bebas Syria telah berjaya mengawal sebahagian Aleppo, yang merupakan bandar utama dan terbesar di Syria. Organisasi Hak Asasi manusia telah mengutuk penggunaan bom improvisasi-tong minyak atau silinder yang dipenuh  bahan letupan dan serpihan logam , kini menjadi antara bahan api utama yang sangat merbahaya disasarkan kepada orang awam.

Rami Abdulrahman, Pengarah Pusat Pemerhatian Pro-Pembangkang yang berpangkalan di Britain berkata bahawa seramai 87 kanak-kanak dan 30 orang wanita adalah antara 301 orang yang terbunuh dalam serangan udara Aleppo sejak 15 Disember lalu.

Amerika Syarikat kini dikecam kerana membiarkan serangan udara yang berterusan oleh tentera kerajaan Syria ke atas orang awam. Serangan tersebut termasuklah menggunakan peluru berpandu SCUD dan tong yang mengandungi bom mensasarkan kepada penduduk awam di sekitar Aleppo sejak minggu lepas. Dalam satu kenyataan, Rumah Putih juga telah menggesa kerajaan Syria untuk memberi peluang bagi kemasukan bantuan kemanusiaan dan penghantaran bekalan, melihatkan kondisi dimana jutaan lelaki dan wanita terutama kanak-kanak Syria yang sangat memerlukan bantuan.

Rejim Assad telah berusaha merampas kembali wilayah di bahagian tenggara bandar sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Pihak mereka turut menegaskan untuk kembali menguasai  beberapa kawasan di pinggir bandar Damsyik. Ancaman tersebut sehinggalah rundingan damai yang dirancang berlangsungnya bulan hadapan bertujuan untuk menamatkan konflik Syria yang berlaku hampir tiga tahun.

Walaubagaimanapun,tentera rejim dijangka tidak mungkin untuk menawan semula bahagian-bahagian utama Aleppo sebelum rundingan di Switzerland yang dijangka bermula pada 22 Januari 2014. Akan tetapi Abdulrahman berkata, serangan udara yang dilancarkan rejim bertujuan melemahkan kepercayaan penduduk terhadap pejuang Tentera Bebas Syria dengan menunjukkan bahawa mereka  tidak  mampu melindungi orang awam.

Pusat Kajian Pro-Pembangkang kerajaan melaporkan lebih  125,000 orang terbunuh sejak tercetusnya perang saudara Syria, yang mana telah memaksa hampir 2 juta orang mencari perlindungan di luar negara. Manakala satu pertiga daripada 23 juta orang di negara ini berpindah daripada rumah mereka.

Pemerhati Pusat Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch) berkata dalam satu laporan bahawa serangan bom di Aleppo kali ini mensasarkan kawasan perumahan dan membeli-belah.

"Samada tindakan Tentera udara Syria dilabel sebagai jenayah atau sebagainya, mereka sama sekali tidak peduli samada ia menyebabkan puluhan orang awam terkorban,atau sengaja mensasarkan kawasan awam," Penyelidik  Kecemasan kanan kumpulan itu, Ole Solvan berkata dalam laporan tersebut.

Pada masa yang sama, Tentera Bebas Syria sebenarnya turut melanggar undang-undang antarabangsa dengan sewenang-wenangnya melancarkan roket dan mortar bom di kawasan awam yang sebahagiannya masih berada dalam kawalan kerajaan di Aleppo, kata  wakil Human Rights Watch.

Dalam satu kejadian pada 4 Disember lalu, sekurang-kurangnya 10 buah roket dilancarkan ke kawasan perumahan, menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang awam terbunuh.

Sumber : Arab News

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook