Al-Azhar Mesir menyeru kepada masyarakat antarabangsa untuk bersama menghentikan pembersihan etnik Muslim yang sedang berlaku di Myanmar (Burma).
Syeikh terkemuka Al-Azhar- Syeikh Ahmad Al-Tayyib mengatakan dalam sebuah kenyataan bahawa Dunia Islam harus memberikan segala bentuk sokongan untuk Muslim Rohingya di negara yang majoriti Buddha itu,laporan Al-masry Al-Yaum.

"Pembunuhan rasis terjadi dalam skala besar terhadap Muslim di Burma, tetapi peristwa yang mengerikan ini telah diabaikan," ujar Syaikh Tayyib.
Syeikh juga menyeru kepada seluruh umat Islam untuk memberikan pertolongan, "Saudara-saudara kalian di Burma sedang memerlukan sokongan moral terhadap serangan ketidakadilan kaum majoriti itu, mereka juga memerlukan bantuan pertolongan."
Kekejaman terhadap Muslim di Burma telah meningkat sejak kebelakangan ini, puluhan ribu nyawa umat Islam telah terkorban akibat kebenginsan etnik Buddhis dan pasukan 'keselamatan' yang pro-Buddhis. Pemerintah Burma hingga kini membiarkan hal tersebut terus terjadi. Bahkan Presiden Burma berniat mengusir Muslim Rohingya dari negaranya jika ada negara ketiga yang mahu menerima mereka sebagai pelarian. Sementara umat Islam Myanmar yang berusaha melarikan diri ke negara-negara berdekatan, juga menghadapi ditolak oleh pihak berkuasa keselamatan kerana dianggap sebagai 'pendatang haram'.
Sumber : MisrAlyoum , Arrahmah
0 comments:
Post a Comment