Wednesday, May 2, 2012

Batu Bata dari Runtuhan Rumah Osamah bin Ladin Dijual Sebagai Cenderatamata





Pihak yang bertanggung jawab atas penghancuran rumah yang pernah menjadi tempat tinggal pemimpin Al-Qaeda Usamah bin Ladin di Pakistan pada bulan Februari lalu, dilaporkan telah menjual sisa batu bata dan bahagian lain dari sisa rumah tersebut kepada para pelancong, Telegraph melaporkan.

Shakeel Ahmad mengatakan kepada surat khabar Inggeris tersebut bahawa sisa-sisa rumah Usamah bin Ladin di Abbottabad, di mana Usamah bin Ladin tinggal bersama keluarganya selama bertahun-tahun sebelum dibunuh dalam operasi AS pada tarikh 2 Mei tahun lalu, telah menjadi bahan pameran bagi pengunjung yang mencari kenang-kenangan.

Ahmad menyimpan sekitar 200.000 batu bata dari sisa rumah tersebyt di mana katanya boleh digunakan untuk membina rumah lagi, menambah bahawa beberapa tetamu bahkan ada yang membeli batu-bata itu sebagai kenang-kenangan atau hadiah. Dia turut bekerja sebagai kontraktor untuk menghancurkan rumah Usamah bin Ladin.

Secara umumnya, runtuhan rumah akan dilelong namun dalam kes ini, tidak ada yang ingin menawarnya, sehingga Ahmad membelinya dengan harga murah dari harga 500.000 rupee ($ 5,000).

Dan Ahmad menjual batu bata rumah Usamah bin Ladin dengan harga sekitar $ 10.

Pihak berkuasa Pakistan menghancurkan kompleks Usamah Bin Laden pada bulan Februari tahun ini, dalam usaha untuk membersihkan diri dari semua gerakan berkaitan dengan pemimpin yang dianggap pengganas tersebut.

Usamah Bin Laden dipercayai telah pindah ke Abbottabad pada tahun 2004 dengan isteri dan keluarganya, mengelakkan pihak berkuasa di Pakistan dan Amerika Syarikat sehingga ia akhirnya ditemui dan disasarkan oleh pasukan tentera khas pada Mei tahun lalu.


Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook